Makan Dan Tidur Bersama Singa!



Bekas tentera berusia 42 tahun dan bapa tunggal, Jim Jablon menggemparkan dunia apabila dia berjanji untuk meluangkan masa selama sebulan sepanjang Januari dengan tinggal bersama-sama dua singa di taman hidupan liar diuruskannya iaitu Taman Hidupan Liar dan Pemeliharaan wilayah Hernando di Florida.
Satu gambar yang dipaparkan ini menunjukkan cabaran hari kelima dihadapi Jablon ketika dia menikmati hidangan sekali sehari yang disajikan pada waktu petang untuk makan malam dengan Lea dan Ed yang memakan 14 paun daging mentah. Lea adalah singa Afrika berusia 18 bulan manakala Ed pula 10 bulan.
Setakat ini, masalah terbesar Jablon ialah memastikan seluar panjang dipakainya tidak tertanggal.





"Setiap kali saya membongkokkan badan, dua singa itu akan menerkam punggung saya. Mereka mencarik seluar saya. Saya sudah menukar enam seluar panjang setakat ini,” katanya.

Jablon juga perlu tidur di atas timbunan rumput kering di ruangan seluas 3,000 kaki persegi dengan ketinggian 12 kaki - atau di tempat yang sukar dicapai dua singa itu jika keadaan semakin membahayakan.

“Saya mungkin perlu membina tempat tidur di atas satu daripada pokok di sini supaya Lea dan Ed tidak dapat menerkam saya jika keadaan memaksa.


“Secara umum, singa akan tidur 18 hingga 20 jam sehari, jadi saya akan memperoleh masa rehat yang panjang.

“Bagaimanapun, saya akan sentiasa berwaspada dan perlu menyediakan satu ruang selamat di penjuru tempat ini jika singa itu menjadi agresif atau saya berasa keadaan semakin membahayakan,” katanya.
Cabaran dilakukan Jablon bertujuan mengutip dana dalam usaha menyelamatkan haiwan yang cedera atau kehilangan ibu bapa bagi memberi mereka peluang kembali ke hutan.

Jablon membuka taman hidupan liar itu pada 1999 dan pada awalnya, dia memberi perlindungan kepada haiwan seperti rakun, rusa yang tercedera, kucing hutan, koyote, ular, helang dan burung hantu.



0 comments:

Post a Comment

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...