Peminat Fanatik Dan Fantastik MUFC!

JOHN RETTER menunjukkan tatu lambang kelab bola sepak Manchester United di belakang tubuhnya. 



MANCHESTER - Seorang lelaki berusia 51 tahun, John Retter sanggup membuat tatu lambang kelab bola sepak Manchester United (MU) yang besar di belakang badannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Retter yang merupakan peminat kelab itu sanggup membayar £1,000 (RM4,846) untuk mendapatkan tatu itu.
Kerja-kerja menyiapkan tatu itu mengambil masa selama 16 jam baru-baru ini.

Dia membaca buku biografi pengurus kelab MU, Sir Alex Ferguson bagi mengelak rasa sakit semasa Tonny Gallon membuat tatu itu.

Menurut Gallon, ia merupakan lukisan tatu paling besar yang pernah dibuatnya.
"Saya bangga dengan tatu itu," kata Retter yang menjelaskan lambang itu merupakan hasil kerja yang bijaksana dan bersejarah. -Kosmo


4 comments:

acul [Reply to comment] said...

perghh mmg peminat fanatik.. terbaek!!

glory2 united

FadhDeela [Reply to comment] said...

la fanatik tol...

Meh singgah: Aku Bwk Balik Jantan???!!

saya_arief [Reply to comment] said...

fantik gilerr..
:D

fariza [Reply to comment] said...

Salam,..sesapa yg berminat nk beli jersi..boleh ushar2 blog ni ya..terdapat byk jersi2 pilihan yg menarik.. jersi club,jersi malaysia,jersi training.. Gred AAA..kualiti mmg mcm ori..insyaAllah puas hati..^_^..

http://jerseyssoccershop.blogspot.com/

Post a Comment

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...