MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya 'ayam  tambatannya', Wayne Rooney kini telah kembali menemui sentuhan  penyudahnya semula.
Kenyataan Ferguson itu hadir selepas penyerang antarabangsa England itu meledak dua gol ketika membantu skuad The Red Devils menewaskan Aston Villa 3-1 dalam saingan Liga Perdana England, awal pagi semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Old Trafford itu, Rooney membuka tirai  jaringan seawal minit pertama perlawanan sebelum meledak gol kedua pada  minit ke-45.Sebelum ini, Rooney sering kali bergelut dengan prestasi tidak menentu  apabila dia hanya mampu merekodkan lima gol dalam saingan liga musim  ini.
KOSMO

 
 
 

 


0 comments:
Post a Comment